Jom Follow!!

Wednesday 27 February 2013

Kebaikkan rumpai laut


Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi,magnesium dan karbonat.
Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar,bacteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga,magnesium dan kalsium.Dikatakan dengan menambah rumpai laut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Menurunkan tahap kolesterol
Ekstrak rumpai laut  amat baik untuk jantung kerana ia didakwa boleh merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah.Ianya juga dikatakan mampu menggantikan garam dengan rumpai laut yang telah dikisar halus dalam makanan dan ia amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mampu membuang toksin dan bahan radikal bebas
Ekstrak rumpai laut juga mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis sebanyak 15%.Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Merangsang sistem pertahanan badan
Ekstrak rumpai laut mampu merangsang system imun dan membantu tubuh menentang jangkita virus seperti herpes.Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti psoriasis dan ekzeme.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

Rumpai laut ini mengandungi seanol,antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat.Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Meningkatkan metabolisme
Ekstrak rumpai laut mengandungi alginate,bahan aktif yang tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme,sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, ia juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh.Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Mencegah kanser
Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makanan seharian.

No comments:

Post a Comment