Jom Follow!!

Monday 18 February 2013

Rumpai Laut


Rumpai laut kering atau dikenali EUCHEUMA COTTONII berasal dari Perairan Semporna Sabah. Rumpai laut adalah tumbuhan ''Rumput atau alga" yang hidup dalam air laut masin. Ia juga dikenali sebagai seaweed, juga merupakan satu anugerah yang memberi banyak manfaat dan khasiatnya.

Rumpai laut memiliki banyak kegunaan untuk dijadikan pelbagai jenis produk terutamanya dalam perubatan dan kecantikan. Juga kegunaan utamanya adalah sebagai makanan kerana ia dikatakan kaya dengan zat, vitamin dan mineral. Malah di negara Jepun, rumpai laut telah menjadi sebahagian daripada pemakanan penting masyarakat di negara tersebut selama berkurun lamanya.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah Rumpai Laut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.


Jom Sihat dan Cantik Bersama Rumpai Laut!!

No comments:

Post a Comment