Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti
khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan
mineral seperti besi,magnesium dan karbonat.
Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan
atau dibakar,bacteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan
dimusnahkan.
Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya
dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga,magnesium dan kalsium.Dikatakan
dengan menambah rumpai laut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam
makanan yang telah dimasak.
Menurunkan tahap kolesterol
Ekstrak rumpai laut amat
baik untuk jantung kerana ia didakwa boleh merendahkan kolesterol dan juga
memperbaiki pengedaran darah.Ianya juga dikatakan mampu menggantikan garam
dengan rumpai laut yang telah dikisar halus dalam makanan dan ia amat baik
untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.
Mampu membuang toksin dan bahan radikal bebas
Ekstrak rumpai laut juga mampu mengurangkan gejala-gejala
osteoarthritis sebanyak 15%.Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama
tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa
sakit.
Merangsang sistem pertahanan badan
Ekstrak rumpai laut mampu merangsang system imun dan membantu
tubuh menentang jangkita virus seperti herpes.Ia juga amat baik untuk
mengurangkan masalah kulit seperti psoriasis dan ekzeme.
Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu
bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu
mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku
pada wanita menopaus.
Rumpai laut ini mengandungi seanol,antioksidan kuat yang lebih
berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat.Antioksidan ini
dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.
Meningkatkan metabolisme
Ekstrak rumpai laut mengandungi alginate,bahan aktif yang tidak
ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme,sekali
gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak
dan berkalori.
Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan
radioaktif dan logam berat, ia juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain
dalam tubuh.Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia
dibuang daripada sistem tubuh.
Mencegah kanser
Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah
jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makanan seharian.
No comments:
Post a Comment