Rumpai laut kering atau
dikenali EUCHEUMA COTTONII berasal dari Perairan Semporna Sabah. Rumpai laut
adalah tumbuhan ''Rumput atau alga" yang hidup dalam air laut masin. Ia
juga dikenali sebagai seaweed, juga merupakan satu anugerah yang memberi banyak
manfaat dan khasiatnya.
Rumpai laut memiliki
banyak kegunaan untuk dijadikan pelbagai jenis produk terutamanya dalam
perubatan dan kecantikan. Juga kegunaan utamanya adalah sebagai makanan kerana
ia dikatakan kaya dengan zat, vitamin dan mineral. Malah di negara Jepun,
rumpai laut telah menjadi sebahagian daripada pemakanan penting masyarakat di
negara tersebut selama berkurun lamanya.
Ekstrak rumpai laut
dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi,
kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah Rumpai Laut
dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.
Jom Sihat dan Cantik Bersama Rumpai Laut!!
No comments:
Post a Comment